Pimpinan Berjaya Part 1

Friday, February 26, 2010



What? Apa itu program PB1 …

Program PB1 bertujuan mendidik asas kepimpinan. Ianya dimulakan dengan menerangkan beberapa ciri yang perlu ada pada setiap pemimpin. Ianya akan dituruti dengan penerangan mengenai erti masa, pengaruh dan anggota kerja kepada pemimpin. Satu proses yang dikenali sebagai pimpinan berdasar situasi (Situational Leadership) juga akan dikongsi bersama.

Dengan menggunakan konsep ‘stick person’ dan ‘tahu terus buat’, sudah pasti program ini akan membawa suatu pengalaman unik, kreatif tapi mudah dalam usaha memahami tujuan program ini. Program ini akan menjadi lebih bermakna apabila seterusnya peserta mengikuti program PB2.


Why? Kenapa perlu kepada PB1 …

Pimpinan merupakan satu perkara yang boleh dididik dan bukan lahir terus dalam diri seseorang itu. Pimpinan memerlukan penumpuan dan tindakan susulan yang berterusan dalam usaha mencapai matlamat yang ditetapkan. Namun tidak ramai yang mengamalkannya. Kenapa? Ramai yang tidak tahu apakah ciri-ciri, penekanan-penekanan dan proses-proses yang penting kepada seseorang pemimpin itu.

Melalui program ini, peserta akan disuntik dengan kefahaman bahawa kita perlu lebih berperikemanusiaan dalam memimpin. Kenyataan bahawa kita memimpin manusia dan bukannya mesin perlu di fahami.

PB1 bertindak sebagai pembimbing kearah pimpinan yang berbentuk holistik.


Kandungan PB1

Bab 1 : Apa itu Kepimpinan?

Bab 2 : Ciri-ciri Asas Pemimpin

Bab 3 : Penggunaan Masa

Bab 4 : Hubungkait Pengaruh & Peringkat Kepimpinan

Bab 5 : Daya Pengaruh

Bab 6 : Pembangunan Aset Utama Pemimpin - Anggota Kerja

Bab 7 : Pemimpin Mengikut Situasi
Bab 7.1 : Kefleksibelan
Bab 7.2 : Pengkajian
Bab 7.3 : Perjanjian

Bab 8 : Perlaksanaan (Execution)

Bab 9 : Kompetensi Politik

Bab 10 : Saya Pemimpin Berjaya?


Apa yang boleh dicapai melalui PB1?

Selepas menghadiri PB1 dan melaksana susulannya, para peserta akan mampu melaksanakan perkara berikut:

1) Anggota kerja memahami psikologi bagaimana mahu memimpin. Hajat ini akan lebih mudah dilaksanakan setelah anggota kerja tersebut menghadiri ADB, KUB, KB1 dan KB2.

2) Anggota kerja memahami asas kepimpinan.

3) Anggota kerja memahami memimpin bukan berdasarkan pangkat tetapi berdasarkan kepada ’keupayaan mempengaruhi’ yang dipimpin.


Kayu Ukur PB1

Kayu Ukur berikut boleh digunakan untuk mengukur kemajuan para peserta:

1) Pencapaian/Peningkatan KPI atau pencapaian Matlamat individu, pasukan atau jabatan.

2) Usaha-usaha kualiti diterima sebagai alat untuk membantu kerja harian dan bukan sebagai satu usaha berasingan. (Contoh usaha kualiti ialah; 5S, ISO 9001, AKIPM ’Innovative and Creative Circle’ (ICC) dan sebagainya. Inik diukur dengan melaksanakan ’survey’ terhadap segenap lapisan anggota kerja.

3) Penurunan rungutan dalam soal kepimpinan. (survey).


Hubungi Saudara Mior Azli Mior Md Isa (019-2245-079 @ sssabasic@yahoo.com) untuk keterangan lanjut.